Monday 7 March 2011

mEnUjU jAlAn tAqWa

i) MeNuNtUt IlMu
Ilmu merupakan langkah pertama dalam apa jua usaha untuk mencapai kebaikan. dengan adanya ilmu, kita akan mendapat kefahaman tentang apa yang dimaksudkan dengan taqwa, manfaat, penghalang dan usaha-usaha untuk mendapatkannya. tanpa ilmu, kita tidak akan mendapat cahaya untuk mencari dan melalui jalan taqwa.

ii) BeRaMaL DeNgAn IlMu
 Ilmu yang tidak diamalakan umpama pohon tidak berbuah. Untuk bertaqwa, tidak cukup sekadar mengetahui, tetapi perlu merasai sendiri hakikat ilmu itu. Untuk merasai, kita perlu mengamalkan apa yang telah kita ketahui. Oleh itu, jangan berputus asa menuntut ilmu tetapi iringilah langkah susulan iaitu mengamalkan segala ilmu yang telah dipelajari.

iii) BeRmUjAhAdAh dAn IsTiQaMaH
Dalam usaha mengamalkan ilmu, kita akan terasa keperitannya. Belajar tentang sabar adalah mudah, tetapi untuk mempraktikkannya adalah sesuatu yang mencabar. Oleh itu, ia memerlukan kesungguhan untuk melawan hawa nafsu dan godaan syaitan. Inilah yang dimaksudkan dengan mujahadah. Mujahadah tidak boleh dilakukan dengan sekali sekala, ia hendaklah dilakukan secara berterusan dan berkekalan. Walaupun amalan yang dilakukan itu sedikit, tetapi jika ia dilakukan secara berterusan, pasti ia memberi kesan pada hati dan perbuatan seseorang.

iv) BeRdoA dAn BeRtAwAkAl
Berdoa merupakan satu amalan atau tradisi para rasul dan nabi-nabi. Mereka sentiasa berdoa agar dipermudahkan untuk melalui jalan taqwa serta bersyukur dan memperbaiki amalan kepada Allah 

vi) BeRtAuBaT dAn MeLaKuKaN KeBaIkAn
Kita adalah hamba yang tidak terlepas dari membuat dosa, maka hendaklah dikekalkan rasa berdosa itu di dalam hati. Oleh itu, rasa berdosa itu akan mendorong kita untuk terus bertaubat. Dengan bertaubat, Allah akan mengampunkan dosa kita, maka mudahlah kita untuk mencapai taqwa. Carilah taqwa dengan meniru cara hidup orang bertaqwa yang dipenuhi amalan kebaikan seperti sedekah, menziarahi orang sakit, menyebarkan salam dan lain-lain.

vii) TiDaK BeRlEbIh-LeBiHaN DeNgAn YaNg HaLaL
Untuk mencapai taqwa, hendaklah kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan dan bukan sahaja mengelak yang haram, malah menolak perkara yang meragukan iaitu syubhah.

No comments:

Post a Comment